Saturday, February 20, 2016

Pencabulan Hak Asasi Manusia

Universal Declaration of Human Rights (UDHR) mengandungi 30 artikel yang menggariskan pandangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai hak-hak manusia sejagat. Namun begitu, hak asasi manusia ini telah dilanggar oleh sesetengah pihak sehingga ke hari ini. Antaranya:

Artikel 3 - setiap individu mempunyai hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin. Tetapi Video WikiLeaks Collateral Murder menceritakan tentang serangan udara yang dilakukan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat terhadap kota Baghdad, Iraq.Serangan ini telah mengorbankan beberapa orang penduduk tempatan termasuk dua orang wartawan perang Reuters iaitu, Saeed Chmagh dan Namir Noor-Eldeen serta mencederakan kanak-kanak yang tidak berdosa.


Artikel 4 - Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; perhambaan dan perdagangan hamba hendaklah dilarang dalam semua bentuk. Selama 18 tahun, LRA (Lord Resistance Army) gerila dari utara Uganda telah menculik kanak-kanak lelaki untuk melatih mereka sebagai askar dan perempuan untuk dijadikan sebagai hamba seksual kepada komander. Pada tahun 2002, bilangan kanak-kanak yang terdapat dalam kuasa LRA adalah sebanyak 20,000.



Artikel 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. Penderaan adalah amalan biasa di Brazil dan keganasan di penjara adalah juga merupakan perkara biasa yang mendatangkan kesan-kesan tragis. Pada akhir Mei 2002, 20 orang telah disabitkan kesalahan dan penjaga penjara meninggal dunia semasa pemberontakan di penjara Manaus. Individu yang dipenjarakan membantah terhadap penderaan dan pembunuhan serta keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan di penjara.
Artikel 18 - Kebebasan Beragama. Pada 27 Februari 2002, di bandar Gujarat, India , sekumpulan Muslim menyerang kereta api yang penuh dengan aktivis Hindu, menembak dua buah kereta, dan membunuh 27 orang. Peristiwa ini mencetuskan keganasan dan empat hari kemudian, 2,000 orang Islam terbunuh, rumah-rumah mereka, masjid dan perdagangan dimusnahkan dan beratus-ratus wanita diperkosa. Siasatan kemudian mendedahkan bahawa serangan telah dirancang dan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Artikel 19 - Setiap individu mempunyai hak untuk kebebasan pendapat dan meluahkan pandangannya, hak ini termasuklah kebebasan mempunyai pendapat tanpa gangguan dan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. Pada tahun 2010, seorang penganalisis perisikan tentera Amerika bernama Bradley Manning telah ditangkap selepas memberitahu Adrian Lamo bahawa dia telah mendedahkan video serangan udara WikiLeaks Collateral Murder kepada Wikileaks. Ini bermakna sekiranya tiada individu yang mendedahkan perkara tersebut, perbuatan salah tentera Amerika itu tidak akan diketahui orang ramai. Ini adalah bertentangan dengan artikel 19 yang mana setiap orang berhak mengetahui dan menerima maklumat.

Sumber: http://infohakam.blogspot.my/2013/06/pencabulan-hak-asasi-manusia.html

No comments:

Post a Comment